Raih emas sulung lepas tewaskan Noah Lyles acara 200m, Botswana isytihar cuti umum separuh hari


  • Benua
  • Jumaat, 09 Ogos 2024

Tebogo memegang bendera kebangsaannya selepas memenangi pingat emas dalam acara pecut 200m lelaki di Stade de France, Perancis.

PRESIDEN Botswana mengisytiharkan cuti umum pada petang Jumaat bagi meraikan Letsile Tebogo yang berjaya meraih pingat emas Olimpik pertama negara itu menerusi acara pecut 200 meter (m) lelaki di temasya Sukan Olimpik Paris 2024 pada Khamis.

Tebogo berjaya mengalahkan pelari pecut Amerika Syarikat (AS), Kenny Bednarek dan Noah Lyles untuk merebut gelaran 200m pertama Afrika.

Ia jua sekali gus menyaksikan Tebogo menjadi pelari jarak jauh kelima terpantas dalam sejarah.

BACA LAGI: Muncul semifinalis 3m papan anjal, Dhabitah perlu 330 mata jika mengidam gangsa Olimpik

BACA LAGI: Gandingan Pandelela-Dhabitah 'sailang' pasangan Korea untuk raih gangsa acara terjun

Menariknya, lelaki berusia 21 tahun itu berlari dengan memakai kasut yang tertera tarikh lahir ibunya.

Menurut Tebogo, dia membawa kasut itu bersamanya sebagai penghormatan selepas wanita itu meninggal dunia pada Mei lalu.

Tebogo melepasi garisan penamat dengan catatan 19.46 saat (s) yang juga merupakan rekod baharu Afrika.

Catatan itu empat saat lebih pantas daripada rekod peribadi Tebogo.

Pingat perak milik Kenny Bednarek dari AS dengan kepantasan 19.62s, manakala Lyles sekadar berpuas hati mencatat 19.70s.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di akaun media sosialnya, Presidennya, Tuan Yang Terutama Mokgweetsi Eric Masisi menzahirkan ucapan tahniah atas kejayaan Tebogo.

"Negara layak mendapat cuti seketika dan meraikannya dengan cara yang paling unik dalam sejarah negara," katanya.

Sebelum ini, Tebogo sekadar menamatkan saingan final 100m di kedudukan keenam.

Ia adalah kejayaan terbesar Tebogo di peringkat antarabangsa selepas sekadar meraih gangsa dalam acara 100m pada Kejohanan Dunia di Budapest, Hungary tahun lalu. — The Star/HELEN REID

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram