[VIDEO] Iran mengira detik, mahu hukum rejim Zionis


  • Benua
  • Selasa, 06 Ogos 2024

Kuasa ketenteraan dimiliki Iran amat digeruni, lebih-lebih lagi dengan senjata nuklear yang dimiliki negara republik itu. — Agensi

KONFLIK dan ketegangan di Timur Tengah kian memuncak selepas beberapa negara turut terlibat dalam peperangan antara Palestin dan rejim Zionis yang bermula penghujung tahun lalu.

Sekiranya sebelum ini Lubnan turut terkesan daripada pergolakan tersebut, kini giliran Iran pula campur tangan selepas negara republik itu pernah melancarkan serangan ke atas wilayah haram berkenaan.

Meskipun tidak meninggalkan sebarang kesan buruk, pengeboman itu sedikit sebanyak memberi isyarat akan berlakunya konflik lebih tegang di kawasan tersebut.

BACA LAGI: Perang Israel-Iran-Hizbullah dijangka meletus seawal Isnin

BACA LAGI: Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dilapor terbunuh di Iran

Malah, baru-baru ini, hubungan antara kedua-dua negara tersebut kian terjejas selepas Iran memuat naik aset ketenteraan mereka di laman media sosial.

Perkara itu dikongsikan pengguna aplikasi X, Jackson Hinkle yang memaparkan satu video menunjukkan beberapa buah roket dan jentera perang lain.

Tidak cukup dengan itu, klip tersebut turut diselangi video jam randik berdetik seakan-akan menceritakan saat buat negara haram Israel sudah semakin singkat.

Aset ketenteraan negara republik itu sememangnya dikenali kerana mereka adalah beberapa negara yang memiliki senjata nuklear di seluruh dunia.

Malah, campur tangan daripada Iran akan sekali gus merumitkan lagi keadaan memandangkan kuasa besar dunia, Amerika Syarikat memiliki hubungan baik dengan tentera rejim Zionis.

Ini akan merumitkan lagi keadaan dan keselamatan penduduk, terutamanya di Palestin yang kini sudah cukup merana berikutan tindakan tidak berhati perut daripada negara haram Israel. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram