SEORANG wanita di Amerika Syarikat, Elizabeth Francis menyambut hari lahirnya yang ke-115 pada Februari lepas.
Menurut data daripada sebuah organisasi yang menyenaraikan tentang individu tertua di dunia, LongeviQuest, Elizabeth tersenarai menjadi individu keempat tertua di dunia.
Elizabeth pernah melalui pelbagai peristiwa penting dunia termasuk Perang Dunia Pertama dan berusia dua tahun sewaktu peristiwa kapal Titanic tenggelam.
Gambar Elizabeth sewaktu masih muda.
Untuk maklumat, Elizabeth dilahirkan pada tahun 1909 di Louisiana, Amerika Syarikat (AS) dan kini tinggal bersama anak perempuan tunggalnya, Dorothy Williams yang berusia 95 tahun.
Kedua-dua mereka dijaga oleh seorang cucu, Ethel Harrison bersama seorang pembantu rumah.
"Elizabeth terkejut apabila mendengar berita bahawa dia kini menjadi yang paling tua (di AS). Dia sendiri tidak percaya," kata Harrison.
"Saya bertanya kepadanya pada suatu malam bagaimana perasaannya apabila mencecah usia 115 tahun dan dia tersenyum sambil menyatakan yang dia bersyukur kepada Tuhan kerana masih berada di sini," katanya.
Harrison berkata lagi, Elizabeth mempunyai tabiat positif yang secara tidak langsung membantunya mengekalkan awet muda.
Elizabeth (kanan), anaknya, Dorothy Williams (kiri), cucunya, Ethel Harrison (tengah atas).
1. Akrab dengan keluarga
Keakrabannya dengan keluarga membuatkan Elizabeth tidak berasa kesepian sepanjang hidupnya.
Harrison berkata, Elizabeth juga sering melakukan aktiviti harian seperti menonton televisyen bersama anaknya, Williams.
"Mereka selalu santai sambil menonton rancangan televisyen kegemaran seperti Good Times dan The Jeffersons," katanya.
Malah, keakraban hubungan kekeluargaannya sudah dijaga sejak lama.
Mengimbau kenangan sewaktu Elizabeth mencecah usia 11 tahun, kelima-lima adik-beradiknya terpaksa berpisah untuk tinggal bersama saudara mara mereka yang lain apabila ibunya menghembuskan nafas terakhir.
"Bagaimanapun, nenek tidak pernah mengeluh hal itu," kata Harrison.
2. Berani meluahkan isi pemikiran
Elizabeth memberi nasihat kepada masyarakat di seluruh dunia tentang keberanian mengekspresikan diri mampu mengekalkan keadaan mental dan emosi.
"Ucapkan sahaja apa yang bermain di pemikiran, tidak perlu menahan lidah," kata Elizabeth.
3. Kekal aktif
Elizabeth sering bergerak ke mana-mana tempat dengan berjalan kaki atau menaiki bas memandangkan dia sama sekali tidak mengetahui cara untuk memandu.
Gaya hidup sihat itu sebenarnya mengurangkan risiko penyakit kronik menimpa dirinya sekali gus meningkatkan kesihatan mental.
4. Hidup dengan penuh kesyukuran
Elizabeth sentiasa bersikap merendah diri meskipun merupakan pemilik bagi sebuah kedai kopi ABC 13 News di Houston.
"Setiap tahun saya pasti akan raikan ulang tahun nenek kerana mengetahuinya masih bersama kami merupakan momen paling berharga," katanya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram