SEORANG ahli perniagaan barangan terpakai yang ditemui berlumuran darah di kawasan halaman rumahnya dalam kejadian di Mempura, Siak, Provinsi Riau, Indonesia pada Jumaat minggu lepas, dipercayai dibunuh di depan suaminya yang menghidap strok ringan (mild stroke).
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Siak, Penolong Pesuruhjaya Polis Bayu Effendi berkata, pada awalnya, penduduk melihat suami mangsa, Amilus Nasution yang sukar bercakap, berdiri di hadapan rumah sambil meminta pertolongan.
"Penduduk melihat suami mangsa berdiri di depan rumah. Suaminya mahu bantu tetapi tidak boleh kerana strok, jadi hanya mampu melihat," katanya.
BACA LAGI: Anak kena kudis buta sampai kuku tercabut, doktor kongsi petua elak kutu berjangkit
BACA LAGI: Anak trauma lihat ibu kena ikat waktu kecil, kongsi cara jaga pesakit bipolar sampai sembuh
Amilus yang sukar bercakap kerana masalah strok bagaimanapun cuba meminta bantuan kepada penduduk dengan menunding jari ke arah isterinya, Maryamah, 55, yang terbaring di halaman rumahnya.
Penduduk kemudian terus bertindak mengangkat Maryamah untuk dibawa ke Hospital Wilayah Siak, Indonesia dan melaporkan kepada ketua kampung mengenai hal itu.
Walaubagaimanapun, Bayu berkata, Maryamah disahkan meninggal dunia tidak lama selepas dirawat oleh doktor kerana kecederaan parah.
"Hasil bedah siasatan mendapati mangsa memiliki kesan luka di kepala dan muka selain terdapat kesan tikaman dalam pada tubuh badannya," katanya.
Susulan kecederaan serius yang dialami, polis menyimpulkan bahawa mangsa meninggal dunia akibat dibunuh dengan beberapa bukti turut ditemukan di rumahnya.
"Tiada saksi yang tahu. Sekarang kita sedang mencari pelaku kerana tidak dapat meminta banyak maklumat daripada suami mangsa yang sukar bercakap.
"Baru dua bulan lalu suami mangsa terkena strok dan perniagaan masih diteruskan bersama isterinya," katanya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram