[VIDEO] Jumpa sehelai kertas ancaman bom dalam tandas, pesawat IndiGo terpaksa mendarat di teluk terpencil


  • Benua
  • Selasa, 28 Mei 2024

Sebuah pesawat IndiGo menerima ancaman bom di lapangan terbang Delhi semasa mahu bertolak ke Varanasi, India pada Selasa.

SEBUAH pesawat IndiGo menerima ancaman bom di lapangan terbang Delhi semasa mahu bertolak ke Varanasi, India pada Selasa.

Susulan itu, penerbangan 6E2211 terpaksa berhenti di landasan beberapa minit sebelum ia sepatutnya dijadualkan berlepas sekitar pukul 5 pagi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi (IGI) di Delhi.

"Pada pukul 5.40 pagi, panggilan telefon diterima dari lapangan terbang IGI berhubung ancaman bom. Tulisan 'Bomb Blast @30 minit' berada pada sehelai kertas di dalam tandas penerbangan yang ditemui oleh juruterbang," kata seorang pegawai.

BACA LAGI: 'Saya tidak pernah berkira', Hafiz Mahamad buat kejutan hantar staf tunai haji

BACA LAGI: Malas gosok gigi? Doktor dedah kuman boleh ikut darah, 'melekat' di jantung

WhatsApp Image 2024-05-28 at 1.47.53 PM

Penerbangan terpaksa berhenti di landasan beberapa minit sebelum ia sepatutnya dijadualkan berlepas.

Tambahnya, pesawat itu segera dibawa ke ruang pengasingan untuk tindakan selanjutnya.

"Pasukan tindak balas pantas dikerah ke lokasi tetapi tidak menemui sebarang barangan yang mencurigakan," katanya.

Walaubagaimanapun, pegawai itu memaklumkan bahawa semua penumpang berjaya turun dari pesawat berkenaan melalui pintu kecemasan dengan selamat.

IndiGo juga mengeluarkan kenyataan rasmi dengan mengatakan bahawa pesawat itu dibawa ke teluk terpencil mengikut garis panduan oleh agensi keselamatan lapangan terbang.

"Penerbangan itu kini sedang menjalani pemeriksaan. Selepas selesai semua pemeriksaan keselamatan, pesawat akan diletakkan semula di kawasan terminal," kata syarikat penerbangan itu.

Perkara itu bukanlah kali pertama berlaku memandangkan pada 15 Mei lalu, sebuah kertas tisu dengan perkataan bom juga ditemui di tandas penerbangan Air India di lapangan terbang Delhi, tetapi ia ternyata hanya ancaman palsu.

"Berikutan protokol keselamatan standard, pemeriksaan menyeluruh telah dijalankan, dan tiada barang yang mencurigakan ditemui," kata seorang pegawai.

Beberapa hospital dan sekolah di Delhi baru-baru ini telah menjadi sasaran e-mel ancaman bom dengan dakwaan seolah-olah terdapat bahan letupan di premis terbabit.

Bagaimanapun, penyiasat mendapati ancaman itu adalah palsu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram