SEORANG remaja peremuan berusia 17 tahun tergamak menikam ibu kandungnya hingga mati dengan menggunakan pisau dalam kejadian di Desa Onepute, Bungku Timur, Sulawesi, Indonesia pada Isnin.
Lebih memilukan, bapa remaja itu berkenaan yang cuba menghalang tindakan anaknya itu juga turut ditikam di bahagian perut.
Difahamkan, ketika kejadian berlaku, remaja itu berkenaan baru sahaja pulang daripada menunaikan solat Subuh bersama penduduk di masjid.
BACA LAGI: Cef tidak pernah jejak Malaysia, restoran Laut di New York dapat Bintang Michelin
BACA LAGI: Usahawan OKU buka maahad tahfiz, dorong murid kuasai ilmu agama, Bahasa Mandarin
Gadis menikam ibu bapanya selepas pulang ke rumah.
Ketua Reskim Polis Morowali, Ajun Komisaris Polisi Agus Salim berkata, pelaku mengambil pisau dan menikam ibunya yang masih tidur di dalam bilik sebaik sahaja tiba di rumah.
“Jadi, selepas keluar dari masjid dia pergi ke (bilik) ibunya.
"Bapa pelaku yang nampak kejadian itu cuba halang anaknya. Tetapi anaknya kembali menghayunkan pisau yang dipegangnya ke perut ayahnya sehingga luka," katanya.
Setelah mendengar jeritan bapa pelaku, penduduk setempat terus bergegas ke rumah mangsa dan menghentikan tindakan gadis berkenaan.
"Kedua-dua mangsa pun terus dibawa ke hospital. Tetapi ibu kepada pelaku tidak dapat diselamatkan manakala ayahnya masih dalam rawatan," katanya.
Agus Salim juga mengesahkan bahawa remaja berkenaan tidak menghidap sebarang gangguan mental (ODGJ).
Walaubagaimanapun, pihaknya masih belum mengetahui motif pelaku melakukan tikaman itu memandangkan keadaan emosinya masih belum stabil. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram