Polis terima laporan kes 3 beranak hilang dari Rumah Perlindungan Wanita di Petaling Jaya


  • 112
  • Isnin, 13 Mei 2024

Tiga beranak dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat keluar dari Rumah Perlindungan Wanita di Seksyen 20, Petaling Jaya, Selangor.

SATU kes kehilangan dilaporkan berlaku membabitkan tiga beranak yang didakwa gagal ditemui selepas kali terakhir dilihat keluar dari sebuah Rumah Perlindungan Wanita di Seksyen 20, Petaling Jaya, Selangor.

Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes orang hilang kira-kira pukul 5.47 petang Sabtu lalu.

Beliau dalam kenyataannya pada Isnin berkata, wanita berkenaan dikenali Nur Aishah Abd Samad, 25 tahun dan dua anaknya iaitu Putri Risha Annur Amsiah Abduk Razzaq, 5 tahun dan Putra Raish Irfan Shah Abdul Razzaq, 3 tahun.

BACA LAGI: 'Sampai mati saya tak lupakan dia', nenek reda 8 tahun cucu hilang tanpa khabar berita

BACA LAGI: 'Dia mahu buat kejutan anniversary', ibu rayu bantuan orang ramai cari anak hilang sejak 12 Mac lalu

"Wanita berkenaan mempunyai ketinggian 169 sentimeter, berat 50 kilogram, berkulit hitam manis dan berambut lurus panjang," ujarnya.

Laporan polis berhubung kehilangan tersebut dibuat di Balai Polis Sea Park, Petaling Jaya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat iaitu Inspektor Mohd Safuan Alias di talian 011-10255725 atau 03-7874 2222. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram