[VIDEO] Cuaca panas melampau, penduduk Bangkok guna anak patung Doraemon dalam upacara panggil hujan


  • Benua
  • Sabtu, 04 Mei 2024

Dalam berdepan fenomena cuaca ekstrem tersebut, penduduk sebuah kampung di Thailand tular selepas mereka menggunakan kaedah luar biasa untuk memanggil hujan dengan berarak membawa karakter kartun terkenal Jepun, Doraemon.

JUTAAN penduduk di seluruh Asia Tenggara ketika ini sedang berdepan dengan fenomena gelombang haba ekstrem.

Keadaan panas tanpa hujan tersebut turut menyebabkan terdapat landasan kereta api yang rosak akibat kepanasan melampau.

Dalam berdepan fenomena cuaca ekstrem tersebut, penduduk sebuah kampung di Thailand tular selepas mereka menggunakan kaedah luar biasa untuk memanggil hujan iaitu dengan berarak membawa karakter kartun terkenal Jepun iaitu Doraemon.

BACA LAGI: ‘Saya hari-hari berkomunikasi dengan PM', Amirudin sangkal dakwaan Anwar boikot kempen PRK KKB

Thailand merekodkan kenaikan suhu yang semakin tinggi dalam beberapa minggu kebelakangan ini selari peningkatan yang berlaku di seluruh rantau Asia, dengan pakar mengatakan perubahan iklim menjadikan gelombang haba lebih kerap, lama dan kuat.

Di wilayah Nakhon Sawan tengah kerajaan yang telah berbulan-bulan tidak menerima hujan, penduduk kampung di Daerah Phayuha Khiri bertindak berarak bersama patung Doraemon kerana percaya ia mampu membantu mereka mengatasi kemarau.

Dengan memakai pakaian gemerlapan, kumpulan itu membawa sangkar dengan alat perhiasan yang mengandungi boneka watak kartun popular itu itu melalui perkampungan sementara orang ramai turut menyimbahnya dengan air.

Itu merupakan sebahagian daripada pembaharuan terhadap upacara musim kemarau lama yang dikenali sebagai "Hae Nang Meaw" atau terjemahannya iaitu perarakan seekor kucing betina.

Sifat kucing yang terkenal tidak begitu suka terhadap air menyebabkan wujud kepercayaan yang mengaitkan haiwan itu dengan turunnya hujan.

Kebanyakan penduduk kampung tidak lagi menggunakan kucing sebenar, sebaliknya mengangkat anak patung Doraemon atau HelloKitty.

BACA LAGI: Penubuhan SAVe dijangka setahun, dua lagi — Exco Selangor

Ketika Doraemon diarak di kawasan tengah Thailand pada Selasa, landasan kereta api di wilayah Nakhon Si Thammarat sedang mengalami keadaan panas melampau.

Pekerja kereta api menyiram rel dengan air untuk cuba membengkokkannya semula selepas suhunya mencecah 41 darjah Celcius.

The State Railway of Thailand berkata "panas melampau" menjadi punca terdapat landasan berada dalam keadaan melengkung antara Ron Phibun dan Khao Chum Thong pada 30 April.

"Pegawai membawa air dan ais untuk menyejukkan rel," kata kenyataan itu, dengan landasan boleh digunakan semula selepas disiram selama sejam.

Timbalan gabenor kereta api negeri, Jaray Rungthani berkata, jurutera akan memantau dengan teliti dalam beberapa hari akan datang kerana suhu kekal tinggi.

"Semua pengurus stesen kereta api akan membantu penumpang, dan bersedia untuk menangani situasi gelombang haba berdasarkan ramalan," katanya.

Haba yang mencengkam sebahagian besar wilayah Asia dari Bangladesh ke Filipina telah menjejaskan operasi grid tenaga dan memaksa jutaan kanak-kanak tinggal di rumah apabila sekolah ditutup.

Walaupun fenomena El Nino menjadi pemacu kepada cuaca luar biasa panas tahun ini, negara di Asia direkodkan mengalami pemanasan lebih cepat daripada purata global, menurut Pertubuhan Meteorologi Sedunia PBB. — AFP

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram