
SELEPAS Malaysia digemparkan dengan penjualan produk kurma daripada Israel, kini muncul pula pendedahan baharu yang mana ia juga dipasarkan di negara lain iaitu United Kingdom (UK).
Menerusi video dimuat naik di Twitter (X) @EalingFOP pada Isnin, terdapat puluhan kotak kurma dipercayai daripada Israel dijual secara berleluasa di sebuah pasar raya di England, UK.
Dalam video itu, seorang lelaki mendedahkan taktik pengeluar kurma yang menipu label keluaran produk tersebut.
BACA LAGI: Kurma Israel dirampas di Klang rupanya dibawa masuk dari Eropah 2 tahun lepas
Sebanyak 73 pek kurma dipercayai diimport dari Israel dirampas JKDM pada 13 Mac lalu.
BACA LAGI: Hasrat sahur keluarga di Kota Kinabalu terbantut, kurma baru dibeli busuk, berulat
Dia juga menunjukkan caranya mengesan penipuan itu melalui imbasan kod pada label tertera nama negara Afrika Selatan.
Hasil imbasan itu memaparkan nama Israel sekali gus membongkar bahawa kurma tersebut bukan produk asli Afrika.
"Ia sangat memalukan, pasar raya itu menukar bungkusan pada kurma Israel untuk mengelirukan dan menipu pelanggan.
"Tindakan ini sangat tidak beretika," katanya.
Bukan itu sahaja, perkara itu sekali gus mengundang berang orang ramai lebih-lebih lagi ia dijual pada bulan Ramadan.
Namun, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa UK berhubung kejadian itu setakat ini.
Terdahulu, perkara sama turut berlaku di Malaysia sebelum Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bertindak merampas sebanyak 73 pek buah kurma Israel.
JKDM turut mendapati bahawa kurma tersebut dibawa masuk dari Eropah secara pukal bersama barangan makanan lain dari Eropah pada 2022 dan diisytiharkan sebagai 'food stuff'. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram