[VIDEO] Hampir cecah 2 tahun Bilal dah kenal surah pendek, Neelofa tak kisah penat pilih konten anak


  • Hiburan
  • Selasa, 19 Mac 2024

Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris berasa gembira dengan perkembangan positif anak kecil mereka, Muhammad Bilal.

SETIAP pasangan rumah tangga pasti mengidamkan anak-anak yang solehah dan soleh sebagai saham ibu bapa di akhirat kelak.

Begitu juga pasangan selebriti sama-sama cantik dan padan, Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail yang berasa teruja melihat perkembangan positif anak kecil mereka, Muhammad Bilal.

Menerusi perkongsian yang dibuat di laman Instagram, Neelofa menceritakan mengenai pertumbuhan Bilal yang membuatkan dia berasa sejuk mata memandang.

"Sebagai seorang ibu, saya tak tau nak katakan bangga macam mana Bilal boleh sebut satu-satu huruf Arab.

"Pada usia setahun 10 bulan, masya-ALLAH, dia boleh kira satu hingga 20, boleh kenal ABC huruf kecil dan besar, al-Fatihah, selawat, alif hingga ya dan surah-surah pendek yang lain,” tulisnya.

BACA LAGI: Bukan setakat makan kurma, Tok Abah kongsi cara 'orang lama' dapatkan badan segar semasa berpuasa

WhatsApp Image 2024-03-19 at 11.03.09 AM

Neelofa berasa teruja melihat perkembangan anak sulungnya, Bilal.

BACA LAGI: Pernah disewa sampai ke Thailand, motorhome Fathuddin jadi pilihan artis tempatan dan pelancong luar

Menyifatkan usahanya tidak sia-sia, Neelofa berasa berbaloi selepas bertindak menitikberatkan konten-konten berilmiah untuk diterapkan ke dalam diri anak kecilnya.

"Konten-konten memang saya akan kaji dan pilih untuk dia tengok.

"Poin dekat sini memang penat ibu bapa nak kawal semua benda, tapi bab screen time dan konten apa anak-anak tengok saya rasa berbaloi untuk kawal dan penat," tulisnya.

Neelofa atau nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor yang mendirikan rumah tangga dengan pendakwah bebas, Haris Ismail turut berdoa agar anak-anaknya sentiasa dilindungi ALLAH dari segala hal.

"Semoga anak-anak kita sentiasa dalam jagaan, lindungan dan pengawasan ALLAH SWT," tulisnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram