DUA pemungut hutang cedera parah selepas ditikam dan ditembak oleh seorang anggota polis di Kota Palembang, Indonesia pada Sabtu.
Kejadian berlaku ketika kedua-dua lelaki dikenali sebagai Dedi Zuheransyah, 49, dan Robert sedang mengejar polis berkenaan kerana disyaki mempunyai tunggakan bayaran ansuran kereta.
Kejadian juga berlaku di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah di daerah itu.
BACA LAGI: Nur Izzah tak kisah tangan terluka, anggap pisau mahu jadi kawan di dapur
Oknum polisi menembak 2 DC pic.twitter.com/IX2S24JGZU
— L E O N (@LokalPendaki) March 23, 2024
Namun, terdapat perselisihan faham antara kedua-dua pihak sehingga berlakunya kejadian tembak-menembak.
Anggota polis terbabit dengan nama samaran, FN, dipercayai mengacukan pistol dan cuba menembak masa dalam jarak dekat.
Walaupun dihalang isterinya, dia bertindak agresif dengan menikam mangsa selepas peluru tidak mengenai mangsa.
Disebabkan itu, terdapat empat kesan tikaman di tangan dan belakang badan Dedi, manakala Robert luka di mata kiri.
Mereka kemudiannya dikejarkan ke Unit Kecemasan di Hospital Siloam.
Sementara itu, seorang rakan sekerja mangsa, Bandi berkata, pertemuan mereka adalah tidak dirancang dan situasi tenang pada awalnya.
"Kami bertemu secara tidak sengaja, kami bertemu secara baik. Tetapi pada masa itu dia (FN), sebenarnya marah.
"Ia seperti senapang kecil, tetapi tidak mengena ketika mahu menembak Dedi. Maklumlah, FN merupakan anggota Polis Lubuklinggau Selatan dan berkhidmat sebagai anggota unit khas dalam badan beruniform berkenaan," katanya.
Bagaimanapun, Ketua Perhubungan Awam Polis Wilayah Sumatera Selatan, Pesuruhjaya Polis Sunarto, mengesahkan bahawa sehingga kini pihaknya masih belum menerima laporan berhubung kejadian.
"Kita akan semak dahulu sama ada suspek adalah seorang anggota atau tidak," katanya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram