[VIDEO] Tak puas hati pembahagian harta, anak derhaka tergamak belasah ibu bapa


  • Benua
  • Khamis, 07 Mac 2024

Tangkap layar video memaparkan mangsa dipukul dengan teruk akibat tidak puas hati tentang pembahagian harta.

POLIS menahan seorang lelaki selepas mengasari ibu bapanya tanpa belas kasihan di rumahnya di Ayodhya Nagar, Madanapalle, India pada Sabtu lepas.

Kejadian yang sempat dirakam dan dimuat naik di media sosial pada Ahad itu sekali gus mendapat perhatian ramai.

Dalam video itu, suspek, Srinivasulu Reddy, memukul, menumbuk, melempang dan menyepak ibu kerana tidak puas hati tentang pembahagian harta.

BACA LAGI : Polis sahkan mangsa tercampak 15 meter, tapak pesta ria diarah tutup serta-merta

Pada masa sama, suspek juga dilihat menampar bapanya yang sedang duduk di kerusi berhampirannya.

Kedengaran juga tangisan perakam video kerana takut menyaksikan kejadian menyakitkan itu.

Menurut Deputi Superintenden Polis India, berlakunya pergaduhan teruk apabila kedua-dua mangsa, Venkataramana Reddy dan Lakshmamma meminta suspek mengambil bahagian hartanya.

Namun suspek tidak berpuas hati dan bertindak luar jangka dengan membelasah kedua-dua mangsa.

Suspek kemudiannya ditahan selepas menerima aduan daripada pihak mangsa.

Sementara itu, keadaan kedua-dua warga emas tersebut dilaporkan dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di hospital berdekatan.

Pihak berkuasa juga sudah melawat pasangan suami isteri itu di hospital dan memberi jaminan kepada mereka bahawa akan mengambil tindakan tegas terhadap anak lelakinya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram