[VIDEO] Baru keluar 'show room' 49 hari, Perodua Aruz remuk angkara Bezza keluar melulu di simpang 4 tanpa lampu isyarat


  • Tular
  • Selasa, 27 Feb 2024

Tangkap layar dashcam memaparkan kereta Perodua Bezza yang keluar daripada simpang empat di Kampung Gajah, Perak pada Ahad lepas.

PEMILIK kereta jenis Perodua Aruz berdepan detik-detik cemas apabila terlibat dalam satu kemalangan di simpang empat di Simpang Air Kuning, Kampung Gajah, Perak pada Ahad lepas.

Menerusi video papan pemuka (dashcam) dimuat naik di Facebook Viral Perak pada Selasa, kemalangan itu juga melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Bezza yang dilihat keluar dari simpang tersebut secara laju.

Dalam video sama, pemandu Aruz dilihat tidak sempat mengelak dan terus merempuh Bezza berkenaan sebelum terbabas ke tepi jalan.

BACA LAGI: Cucu maut sebelah nenek kemalangan kena rempuh trak pikap di Gerik, netizen kongsi trauma guna laluan di lokasi

Bagaimanapun, keadaan kedua-dua pemilik kenderaan ketika itu tidak dapat dipastikan lagi.

Simpang tersebut juga kelihatan tiada sebarang lampu isyarat dan ia berkemungkinan menjadi punca kemalangan.

Lebih parah apabila pemilik Aruz tersebut didakwa memandu kereta yang baru sahaja dibelinya.

BACA LAGI: Khidmat sewa bini orang, lagi laman media sosial tawar aktiviti persundalan terbongkar, ramai minta polis siasat segera

"Perodua Aruz baru keluar 49 hari dari show room, remuk angkara pemandu Bezza," dakwanya.

Disebabkan itu, rata-rata warganet dilihat meluahkan pelbagai respons serta ada yang mencadangkan agar pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) meletakkan lampu isyarat untuk tujuan keselamatan.

"Sepatutnya JKR kena letak lampu isyarat kalau pengguna tak reti guna simpang empat. Dah terlampau banyak kemalangan kat situ dan kalau dah selalu guna jalan situ sepatutnya be alert sama berhati-hatilah," komen Fatin Ainie.

"Beringat kalau nampak simpang empat, mata kena meliar," tulis Sha Shahrin.

Sehingga berita ini ditulis, tiada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kemalangan itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram