SEORANG lelaki pantas bertindak menyelamatkan keluarganya daripada menjadi mangsa korban runtuhan bumbung besi di sebuah bangunan di China pada Jumaat.
Menerusi video kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial sejak Jumaat memaparkan lelaki yang kelihatan terburu-buru memandu keretanya keluar daripada kawasan bangunan tersebut.
BACA LAGI : Dua tragedi ragut nyawa, ini 4 insiden runtuhan tak terduga berlaku di Malaysia tahun ini
Dalam rakaman sama, dia dipercayai bertindak sedemikian selepas mendengar bunyi pelik dari bumbung bangunan itu.
Malah lelaki itu kedengaran seperti memanggil seseorang sebelum berlalu pergi dengan keretanya.
Kelihatan juga seorang wanita menghampiri kenderaannya sebelum lelaki berkenaan memandu pergi.
Beberapa saat selepas keluar dari bangunan itu, struktur bumbung itu langsung runtuh dan wanita terbabit dilihat sempat menyelamatkan diri.
Tiada kematian atau kecederaan yang dilaporkan berhubung kejadian itu dan punca bumbung itu runtuh belum dapat dipastikan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram