SEORANG lelaki menikam mati isterinya yang sedang berasmara bersama lelaki lain dengan menggunakan sebilah pisau dalam kejadian di Kutai Kartanegara, Kalimantan Timur, Indonesia.
Kejadian itu dipercayai berlaku pada Januari 2020 sebelum ia kembali tular di media sosial sejak Selasa.
Peristiwa itu bermula apabila seorang lelaki bernama Antok Pamuji, 38, jarang pulang ke rumahnya yang terletak di Bandar Tenggarong, Indonesia kerana bekerja sebagai peniaga kain di Kutai Barat, Indonesia.
BACA LAGI: Rasa 'sayang' boleh buat anda keracunan ubat
BACA LAGI: Klinsmann buka mulut kenapa dia tersenyum saat Romel Morales gegar gol Korea Selatan
Dia mengesyaki isterinya berlaku curang kerana sering bermain telefon pintar dan enggan menunjukkan kepadanya apabila diminta.
Dalam pada itu, Antok bertekad untuk menyiasat aktiviti isterinya secara rahsia dengan berpura-pura pergi membuka kedai perniagaannya di Kutai Barat yang terletak tidak jauh dari rumah.
Selang beberapa jam, Antok kemudiannya memasuki semula ke dalam rumah melalui pintu belakang lalu bersembunyi di atas siling.
Setelah dua jam menunggu, Antok terkejut apabila mendapati seorang lelaki memasuki ke dalam rumah mereka sebelum melakukan hubungan intim bersama isterinya.
Dalam keadaan mengeletar seluruh badan kerana terlalu berang, Antok turun daripada siling rumahnya dan bertindak memecahkan pintu bilik tidur dengan menggunakan pisau pemotong daging.
Tanpa bercakap banyak, Antok terus menikam isteri dan kekasih gelapnya sehingga mati. Selepas kejadian itu, Antok tampil menyerah diri kepada pihak polis. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram