SELEPAS pengisytiharan darurat di Equador, Amerika Syarikat pada Rabu, kali ini Perdana Menteri Papua New Guinea pula mengumumkan perkara sama pada Khamis.
Ia susulan berlakunya satu rusuhan secara besar-besaran melibatkan sekumpulan askar, pegawai polis dan pengawal penjara yang membuat bantahan terhadap kerajaan berhubung pemotongan gaji.
Keadian dilaporkan berlaku di ibu negaranya, Port Moresby pada petang Rabu sekali gus mengorbankan kira-kira 16 orang.
BACA LAGI: 'Raja dadah' ghaib dari penjara, polis tahan 13 lelaki ceroboh stesen TV Ecuador
Pada masa sama, orang ramai turut dilihat merompak dan membakar beberapa premis di lokasi kejadian.
VIDEO: Buildings burn and looters target shops around Papua New Guinea's capital after a pay dispute involving the nation's security forces sparked angry protests.
Soldiers, police officers and prison staff staged a lively but peaceful protest in the morning of January 10,... pic.twitter.com/VkYU6eNwVI
— AFP News Agency (@AFP) January 11, 2024
Melihat situasi tegang itu berlaku, Perdana Menteri, James Marape mengumumkan, lebih 1,000 tentera akan bersiap sedia untuk bertindak menghentikan rusuhan bersama perintah darurat yang diisytiharkan.
"Hari ini, kami melaksanakan darurat selama 14 hari di ibu negara kita.
"Pasukan pertahanan boleh campur tangan ketika ini bagi membendung sebarang situasi yang mungkin timbul akan datang," katanya, lapor agensi.
BACA LAGI: Calon presiden Ecuador maut ditembak ketika berkempen, negara diisytihar darurat 60 hari
Sementara itu, beberapa pegawai keselamatan yang terbabit dalam rusuhan tersebut dilaporkan mengadakan protes selepas menyedari gaji mereka dipotong tanpa penjelasan terperinci.
Bagaimanapun, kerajaan kemudiannya dikatakan berjanji akan memperbaiki kesilapan tersebut serta menafikan bahawa telah mengenakan cukai baharu terhadap pegawai polis.
Dalam pada itu, Marape berkata, seramai empat anggota terbabit dilaporkan sudah digantung tugas selama 14 hari. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram