Kaji semula hukum derma, pindah rahim buat wanita hidap sindrom MRKH


  • Mukmin
  • Isnin, 08 Jan 2024

Penyakit MRKH menyebabkan wanita tidak mampu melahirkan anak kerana ketiadaan rahim di dalam tubuhnya. — Gambar hiasan

BADAN penyelidikan Islam bebas kelolaan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri iaitu Maktabah Al-Bakri bersedia bekerjasama dengan mana-mana pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G) untuk mendapatkan pandangan yang tuntas berhubung hukum pendermaan dan pemindahan rahim bagi pesakit sindrom Mayer-Rokinstansky-Kauser-Hauser (MRKH).

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu berkata demikian selepas isu tersebut timbul berikutan permintaan ramai untuk mengkaji semula fatwa dikeluarkan berhubung penyakit itu kira-kira 10 tahun lalu.

"Saya berpandangan pandangan hukum tersebut boleh dikaji semula. Maktabah Al-Bakri menyiapkan kajian berhubung hal ini dan akan dimuat naik dalam masa terdekat. Pun begitu, ia tidak lengkap tanpa bantuan pakar obstetrik dan ginekologi (O&G)," katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Berdasarkan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada Oktober 2014, mereka memutuskan hukum pendermaan dan pemindahan rahim adalah tidak harus kerana keperluannya belum mencapai tahap darurat.

BACA LAGI: [VIDEO] Ramai keliru beza alkohol dan arak, ada penjelasan hukum di sisi Islam

Namun, hal berkenaan dirayu untuk kembali dikaji selepas sebahagian pihak menyuarakan perkara terbabit dengan membuat rujukan dengan pihak berpangkalan di Eropah.

Berdasarkan isu yang tular sebelum ini, segelintir pihak mendesak supaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meneliti semula hukum berkenaannya kerana dilihat adanya keperluan berbeza buat golongan wanita.

KUALA LUMPUR, 15 Julai -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berucap pada majlis apresiasi Kelas Pengajian Muallaf Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Sesi 2019/2020 di Kompleks Darul Hidayah hari ini.--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, mereka bersedia bekerjasama dengan pakar O&G untuk menangani isu ini.

Wanita dengan sindrom MRKH jenis kedua umumnya juga memiliki kelainan pada tulang belakang, beberapa mengalami gangguan pendengaran, dan ada juga yang mengalami kecacatan pada organ jantungnya.

Seseorang individu tanpa rahim juga tidak dapat mengeluarkan darah haid selain melahirkan anak sendiri sehingga membuatkan mereka terpaksa menumpang rahim wanita lain.

Ini kerana beliau berasakan masih terdapat segelintir pihak yang masih tidak memahami hukum melakukan pemindahan rahim berdasarkan hukum syarak. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram