Tangani penyakit X dengan vaksin? Ini 3 fakta wabak terbaharu ancam kesihatan dunia


  • Massa
  • Khamis, 28 Sep 2023

Bagi berhadapan dengan kemungkinan wabak baharu, pakar menyarankan agar peruntukan kewangan yang mencukupi disediakan bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan kapasiti kesihatan di seluruh dunia. — Gambar hiasan

PADA Mac lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan bahawa pandemik Covid-19 mula reda pada tahun ini.

Pengarah Kecemasan WHO, Michael Ryan turut menyatakan, bahawa badan itu turut yakin bahawa darurat kesihatan yang dikenakan di seluruh dunia kini dapat ditamatkan dalam tempoh sama.

Berita berkenaan pastinya menjadi satu kelegaan buat penduduk di seluruh dunia yang mengalami saat getir selama hampir tiga tahun ekoran daripada penularan wabak berkenaan.

Bagaimanapun tidak sampai beberapa bulan pengumuman positif tersebut, masyarakat dunia sekali lagi diletakkan dalam situasi berwaspada susulan amaran dikeluarkan beberapa pakar kesihatan di seluruh dunia.

Ia membabitkkan kemungkinan penularan virus baharu yang boleh menjangkiti dan menular dalam kalangan manusia yang dikenali sebagai Penyakit X.

Dalam kenyataannya mengulas mengenai isu tersebut, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, kementeriannya sentiasa bersedia berdepan dengan kemungkinan yang akan berlaku pada masa depan termasuk ancaman penyakit X.

Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa membuat pemantauan bagi sebarang penyakit baharu yang muncul dan termasuk yang tidak berada di bawah senarai amaran WHO.

Berikut tiga perkara yang perlu anda ketahui mengenai virus yang dinamakan sebagai penyakit X.

1. Asal usul nama penyakit X

1454223

Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Menurut WHO, Penyakit X ialah nama digunakan sejak pada 2018, untuk mengklasifikasikan sesuatu jenis virus yang boleh menyebabkan penyebaran wabak masa depan.

Penyakit X juga mewakili suatu bentuk epidemik, iaitu insiden jangkitan di sesuatu tempat dan masa berpunca daripada virus yang tidak diketahui boleh mencetuskan penyakit kepada manusia.

Pada masa sama, WHO turut melakukan pengklasifikasian terhadap pelbagai jenis virus yang perlu diberikan keutamaan bagi tujuan pelaburan dan penyelidikan.

Senarai tersebut termasuk untuk virus seperti Covid-19, demam berdarah Crimean-Congo, penyakit virus Ebola, penyakit virus Marburg, demam Lassa, sindrom pernafasan Timur Tengah (MERS), Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS), Nipah, penyakit henipaviral, Rift Valley demam dan Zika.

2. Adakah penyakit X bakal memberi kesan lebih teruk berbanding Covid-19?

Medical Staff of Hospital Kuala Lumpur wearing PPE  suit as they move the body of a deceased  in Kuala Lumpur General Hospital.AZHAR MAHFOF/The Star.

Sehingga kini, seramai hampir 7 juta individu di seluruh dunia mati akibat daripada Covid-19. — Gambar hiasan

Semasa Perhimpunan Kesihatan Sedunia yang diadakan di Geneva, Switzerland Mei lalu, Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus mengingatkan masyarakat antarabangsa mengenai risiko wabak pandemik yang lebih teruk berpotensi melanda dunia.

Pada masa sama, bekas Ketua Pasukan Petugas Vaksin United Kingdom (UK), Dame Kate Bingham pada minggu ini memberikan amaran bahawa kemungkinan penularan wabak berskala besar dengan impak kesihatan lebih teruk semakin hampir.

Menerusi laporan Daily Mail, beliau berkata, penyakit X juga berkemungkinan mempunyai kapasiti untuk mengakibatkan kematian 20 kali ganda lebih tinggi berbanding Covid-19 dengan anggaran kira-kira 50 juta kes meragut nyawa.

"Bayangkan Penyakit X adalah berjangkit seperti campak dengan kadar kematian Ebola (67 peratus). Di suatu tempat di dunia, ia kini sedang mereplikasi, dan akhirnya lambat laun, seseorang akan mula mengalami sakit (akibat penyakit X),” ujarnya.

Menurut Bingham, walaupun saintis ketika ini sudah mengenal pasti 25 keluarga virus yang merangkumi beribu-ribu virus tersendiri, terdapat berjuta-juta lagi virus lain yang masih belum ditemui.

"Tidak semua daripadanya boleh menimbulkan ancaman kepada manusia, tetapi ada banyak juga yang boleh," katanya.

3. Adakah sudah wujud vaksin untuk penyakit X?

FILE PHOTO: A healthcare worker receives a dose of the Moderna coronavirus disease (COVID-19) vaccine at Rady Children's Hospital in San Diego, California, U.S., December 22, 2020.  REUTERS/Bing Guan/File Photo

Sebagai permulaan, Bingham turut menekankan kepentingan supaya saintis membangunkan pelbagai prototaip berbeza untuk setiap keluarga virus yang sudah dikenal pasti. — Gambar hiasan

Sehubungan itu, Bingham berkata, seluruh dunia perlu bersedia untuk melaksanakan vaksinasi secara besar-besaran dan tempoh pemberian yang sesegera mungkin.

Saranan sama turut diberikan oleh WHO berkenaan dengan kepentingan untuk penyediaan vaksin yang mencukupi sebagai persediaan tindak balas bagi menghadapi kemungkinan tersebut.

Bingham turut menggesa agar peruntukan kewangan yang mencukupi disediakan bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan kapasiti kesihatan di seluruh dunia bagi menghadapi kemungkinan tersebut.

Sebagai permulaan, beliau turut menekankan kepentingan supaya saintis membangunkan pelbagai prototaip yang berbeza untuk setiap keluarga virus yang sudah dikenal pasti.

Langkah tersebut menurutnya bakal membantu untuk menyasarkan ciri spesifik virus penyakit X.

Setakat ini, masih belum ada sebarang vaksin yang diluluskan bagi penyakit X. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

penyakit X, Covid-19, pandemik, wabak, kematian, WHO