
PENGUNJUNG sebuah pusat beli-belah berdepan detik-detik cemas apabila satu kejadian tembak-menembak berlaku di sebuah kedai makan di dalam premis terbabit yang terletak di Sibu, Sarawak pada Isnin.
Menerusi video yang kamera litar tertutup (CCTV), kejadian melibatkan dua orang lelaki yang didakwa menyamar sebagai penghantar makanan.
Dalam video tersebut, kelihatan salah seorang daripada lelaki berkenaann mengacukan pistol sebelum melepaskan tembakan di lokasi kejadian.
Sibu berlaku kes penembakan: 2 suspek menyamar kakitangan delivery menembak dan mengakibatkan 3orang remaja cedera
Sumber Sarawak Viral pic.twitter.com/HTPuhB1u2m
— MYNEWSHUB (@mynewshub) January 1, 2024
Melalui informasi yang dikongsikan oleh orang awam, seramai tiga orang remaja yang masih belum dikenal pasti identitinya cedera ketika kejadian.
Kejadian juga dikatakan berlaku sekitar pukul 5 petang Isnin sebelum pihak polis dilihat tiba ke lokasi kejadian.
Selepas itu, suspek didakwa telah melarikan diri menaiki motosikal dan dikatakan kini sedang diburu pihak polis.
Bagaimanapun, punca kejadian masih belum dapat dipastikan lagi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili dilaporkan mengesahkan kejadian tersebut.
Katanya, kes masih lagi dalam siasatan pihak polis. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram