[VIDEO] Panel tingkap tiba-tiba tercabut, pesawat Alaska Airlines mendarat cemas


  • Benua
  • Sabtu, 06 Jan 2024

Pesawat penumpang syarikat Alaska Airlines terpaksa melakukan pendaratan cemas pada Jumaat selepas salah satu daripada panel tingkap pesawat itu meletup dan terbang di udara. — Agensi

SEBUAH pesawat penumpang syarikat Alaska Airlines yang dalam penerbangan dari dalam perjalanan dari Portland, Oregon, ke Ontario, California, Amerika Syarikat (AS) terpaksa melakukan pendaratan cemas pada Jumaat selepas salah satu daripada panel tingkap pesawat itu meletup dan terbang di udara.

Berdasarkan laman sesawang penerbangan awam FlightAware, penerbangan 1282 Alaska Airlines meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Portland pada pukul 4:52 petang (Waktu tempatan).

Dalam perkembangan lain, media antarabangsa CBS News turut berkongsi satu video yang memaparkan detik-detik menakutkan itu.

Dalam video tersebut, kelihatan salah satu panel tingkap penumpang telah rosak dan pecah.

Ketika kejadian, pesawat itu sedang berada dalam ketinggian kira-kira 16,000 kaki di udara menurut FlightAware.

BACA LAGI : Penuh lumpur dan berselut, tempat parkir kereta Pasar Borong Pasir Puteh lebih kurang sama jalan di Klang

Dalam satu kenyataan Alaska Airlines berkata, pesawat penerbangan 1282 yang membawa seramai 174 penumpang dan enam anak kapal dalam mengalami masalah teknikal sejurus berlepas dan terpaksa berpatah balik ke Portland.

Tambahnya lagi, kapal terbang itu berjaya mendarat dengan selamat pada pukul 5.30 petang (Waktu tempatan) namun tidak mengulas lanjut masalah yang dihadapi kapal terbang tersebut.

Difahamkan, ketika kejadian juruterbang pesawat berkenaan menghubungi pengawal trafik udara, mengisytiharkan bahawa penerbangan mengalami masalah.

"Kami mengisytiharkan kecemasan. Kami perlu turun kepada 10,000 kaki," kata juruterbang itu.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden berkenaan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram