SATU lagi insiden peras ugut yang disasarkan kepada pelancong asing berlaku di Jalan Kayu Ara di Seminyak, Bali, Indonesia melibatkan dua orang pelancong wanita pada Khamis.
Insiden tular itu dirakam oleh dua orang pelancong wanita dan dipercayai apabila pemandu teksi tersebut berkeras supaya mereka membayar tambang sebanyak $50 (RM 232) untuk membawa mereka ke Potato Head Bali.
Mereka mencuba untuk membayar hanya IDR 50,000 (RM15), namun gagal apabila mereka merasakan sesuatu yang tidak kena.
Percubaan mereka untuk keluar daripada teksi itu menemui jalan buntu, apabila pemandu tersebut dengan segera mengunci pintu bahagian penumpang.
Dalam keadaan tegang, salah seorang pelancong tersebut cuba keluar daripada teksi tersebut selain mengatakan bakal menelefon Kedutaan Amerika Syarikat, namun mereka gagal meninggalkan kereta itu dan kelihatan ketakutan.
Selang beberapa saat kemudian, pemandu bersebut mengancam pelancong tersebut dengan pisau supaya menawarkan kesemua wang mereka ada, tetapi dia tidak berpuas hati dengan jumlah yang diterima lalu pemandu tersebut marah dan menuntut jumlah yang lebih.
Kemudian, pemandu itu memberhentikan kenderaan di tepi jalan dan cuba menghampiri mereka, menyebabkan pelancong itu mengambil kesempatan untuk melarikan diri dan mendapatkan bantuan.
Video tersebut tular dengan di pelbagai laman media sosial Bali dan Indonesia, sekaligus mengecam tindakan pemandu teksi tersebut.
Berikutan daripada video tular tersebut, polis Bali mengesahkan kejadian tersebut dan segera mencari suspek daripada mengelakkan orang lain menjadi mangsa.
Namun pada Jumaat, pelaku yang bukan berasal dari Bali, tetapi Timur Barat Tenggara itu diberkas oleh Polis Jawa Timur kerana bersembunyi di kawasan tersebut. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram