SEORANG pemimpin utama pembangkang Korea Selatan ditikam ketika berada dalam satu sidang media di bandar pelabuhan Selatan Busan, lapor agensi berita, Yonhap.
Lee Jae-myung, yang kalah tipis dalam pilihan raya presiden pada 2022 ditikam di sebelah kiri lehernya pada pagi Selasa.
Penyerang terbabit yang merupakan seorang lelaki berjaya ditahan di tempat kejadian.
Jae-myung mengalami luka sepanjang 1 sentimer (sm) di lehernya dan dirawat di hospital dalam keadaan sedar, menurut Yonhap.
Penyerang yang kelihatan berusia dalam lingkungan 50-an atau 60-an dilaporkan menghampiri pemimpin untuk meminta tandatangan, sebelum tiba-tiba menerjah ke hadapan untuk menikamnya.
Video serangan yang tular di media sosial menunjukkan Jae-Myung kemudiannya rebah ke tanah di hadapan orang ramai, manakala beberapa individu lain cuba menghalang penyerang terbabit.
Gambar-gambar selepas kejadian itu menunjukkan Jae-myung terbaring di atas tanah dengan mata tertutup ketika dengan seorang individu lain dilihat melekapkan sapu tangan di bahagian lehernya.
Yonhap melaporkan pemimpin itu sudah dihantar ke hospital dengan helikopter.
Jae-myuung, 59, kini sedang mengetuai Parti Demokratik Korea.
Beliau kini bukan ahli legislatiff Korea Selatan tetapi dijangka bertanding untuk kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang yang akan berlangsung pada April 2024.
Jae-myung kalah tipis pada pilihan raya presiden 2022 dengan perbezaan hanya 0.73 peratus undian kepada Presiden ketika ini Yoon Suk-yeol.
Ia menjadikan pilihan raya presiden tersebut sebagai yang paling sengit dalam sejarah Korea Selatan.
Beliau dijangka bertanding dalam pilihan raya presiden akan datang pada 2027. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram