[VIDEO] Polis tahan lelaki tikam wanita berkali-kali sampai maut di Klang


  • 112
  • Rabu, 20 Dis 2023

Mangsa yang maut ditemui dalam kereta ketika penangkapan suspek di Klang, Selangor pada Isnin. — Facebook

SEORANG lelaki berjaya ditahan polis selepas menikam seorang wanita sehingga maut di berhampiran sebuah restoran di Jalan Bayu Tinggi, Klang, Selangor pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, siasatan mendapati mangsa yang berumur 26 tahun sebelum itu bertemu dengan suspek di restoran berkenaan kira-kira pukul 1.20 petang.

"Selepas selesai makan, kedua-dua mereka kemudiannya pergi ke kenderaan yang diletakkan di kawasan parkir kereta berdekatan.

msg1050426791-20922

Mayat mangsa yang diletakkan dalam kereta di lokasi kejadian. — Facebook

"Siasatan mendapati, ketika tiba di kereta, suspek kemudiannya bertindak menikam mangsa beberapa kali menggunakan sebilah pisau," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

BACA LAGI: [VIDEO] Lelaki tikam kekasih sampai mati dalam kereta di Klang bermotifkan cemburu

Hoong berkata, suspek kemudiannya memasukkan mangsa ke dalam kereta berkenaan sebelum bergerak ke rumahnya di Jalan Sungai Nibong 5, Kapar, Selangor.

Katanya, suspek cuba beberapa kali mengejutkan mangsa apabila tiba di rumah, namun mangsa sudah dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Suspek kemudian bertindak mencederakan dirinya sendiri dengan menikam badan menggunakan pisau yang sama digunakan terhadap mangsa," katanya.

Pada masa sama, Hoong berkata, suspek berjaya ditahan di lokasi kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, beliau berkata, punca kejadian belum dipastikan dan masih dalam siasatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram