TENTERA Laut Pengawal Revolusi Islam (IRGC) telah mengusir kapal pengangkut pesawat utama Amerika Syarikat dari Teluk Parsi dan Selat Hormuz, Iran pada Jumaat.
Laksamana Muda Alireza Tangsiri berkata, pasukan tentera laut Iran bertindak sedemikian selepas menyedari pencerobohan pesawat USS Dwight D. Eisenhower ke wilayah itu.
Walau bagaimanapun, kemasukan tentera Amerika Syarikat itu hanya bertujuan sebagai propaganda dan bukannya operasi yang diarahkan oleh Amerika Syarikat.
Jelas Tangsiri, kawalan maritim kian rapuh di rantau tersebut dan ia dipercayai akibat konflik yang melanda di Palestin sejak awal Oktober lalu.
"Kapal perang Amerika Syarikat menceroboh masuk untuk menghalang penyebaran unsur peperangan serantau selain melindungi Israel serta sekutunya daripada ancaman negara lain," katanya.
Dalam pada itu, situasi itu juga dipercayai berpunca selepas pasukan tentera laut Amerika Syarikat gagal menangkis serangan pasukan penentang Yaman yang menindas tentera Israel ketika tentera zionis itu melintasi pelabuhan negara Arab di Laut Merah sebelum ini. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram