SEORANG wanita di Aligarh, Uttar Pradesh, India, maut selepas terkena peluru tembakan yang dipercayai dilepaskan secara tidak senjaga oleh seorang pegawai ketika berada di balai polis.
Difahamkan, insiden malang yang menimpa mangsa, Ishrat Nigar, 52, itu berlaku ketika anggota polis terbabit, Sub-Inspektor, Manoj Kumar Sharma sedang menguji pistol yang baru sahaja diterimanya.
Ketika kejadian pada 8 Disember lalu itu, wanita tersebut pada awalnya dipercayai hadir ke balai polis untuk mendapatkan pengesahan pasportnya.
Susulan daripada insiden Nigar dilaporkan menerima rawatan di hospital, namun meninggal dunia kira-kira seminggu kemudian akibat kecederaan dialami.
Penguasa Kanan Polis di Aligarh, Kalanidhi Naithani memaklumkan, ketika ini, proses bedah siasat sedang dijalankan terhadap mayat mangsa.
"Pihak polis juga sedang menjalankan prosedur undang-undang yang sepatutnya. Pada masa sama, polis Aligarh turut mengucapkan takziah kepada keluarga si mati,” katanya.
Dalam pada itu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dalam kejadian di balai polis tersebut kini tular di media sosial sejak Khamis.
Berdasarkan klip tersebut, Nigar pada awalnya dilihat memasuki memasuki balai polis bersama anaknya sambil berdiri menunggu.
Tidak lama selepas itu, seorang pegawai polis didapati datang kepada Sharma, yang berdiri di belakang meja untuk menyerahkan pistol yang turut berisi peluru.
Sub-Inspektor terbabit kemudian mula membersihkan pistol dan secara tidak sengaja melepaskan tembakan ke kepala Nigar dan menyebabkan wanita tersebut terus terjatuh.
Dalam laporannya berhubung insiden tersebut, anak lelaki mangsa pegawai polis itu menembak ibunya dengan sengaja dalam keadaan marah selepas wanita itu memintanya menyelesaikan urusan dengan cepat.
Sharma kini dilaporkan sudah melarikan diri sementara polis yang menyerahkan pistol kepadanya sudah ditangkap dan dihantar untuk dibicarakan.
Siasatan ke atas kejadian itu masih sedang dijalankan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram