[VIDEO] Tentera Israel tersilap tembak pendatang Yahudi disangka pejuang Palestin


  • Benua
  • Isnin, 16 Okt 2023

Tangkap layar kejadian tentera Israel membunuh peneroka kerana menyangka bahawa mangsa merupakan seorang pejuang Palestin.

TENTERA Israel melakukan kesilapan apabila menembak mati seorang pendatang haram Yahudi yang disangka pejuang Palestin di wilayah Ofakim, baru-baru ini.

Menurut laporan, kejadian itu tersebar di laman media sosial X yang menunjukkan mangsa dalam keadaan terbaring menahan kesakitan selepas ditembak tentera rejim Zionis.

Laporan itu menyebut, kejadian berkenaan berlaku ketika tentera rejim dalam operasi memerangi pejuang Palestin yang menyusup masuk ke wilayah haram Israel dan pendatang tersebut disyaki sebagai pejuang Hamas.

Difahamkan, pendatang haram itu maut akibat kesilapan askar Israel itu.

Bagaimanapun kesahihan video itu tidak dapat dipastikan sama ada kejadian itu berlaku dalam perang terkini antara Hamas dan Israel, selain lokasi dan tarikh sebenar kejadian juga tidak dinyatakan.

Setakat Ahad, Kementerian Kesihatan berkata, jumlah rakyat Palestin yang terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza meningkat kepada 2,670 orang dengan lebih 1,000 mangsa dipercayai masih tertimbus di bawah runtuhan bangunan.

Kementerian itu berkata, antara mangsa yang terkorban termasuk 750 kanak-kanak manakala angka mangsa yang mengalami kecederaan pula meningkat kepada 9,600 orang.

Lebih 470,000 penduduk Palestin juga kehilangan tempat tinggal akibat serangan udara rejim Zionis, memburukkan lagi krisis kemanusiaan di wilayah bergolak itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram