SEORANG lelaki warga emas ditahan polis selepas didakwa menembak mati dua individu yang melakukan rusuhan di laluan lebuh raya Panama pada Selasa.
Suspek yang berkaca mata dan berambut putih itu terlebih dahulu dipercayai bertengkar dengan mangsa sebelum mengeluarkan pistol dan melepaskan tembakan ketika kejadian.
Susulan insiden tersebut, orang ramai mula berkumpul untuk melihat keadaan mangsa yang cedera parah di lebuh raya tersebut.
Beberapa anggota polis tiba di lokasi kejadian dan bertindak menggari suspek sebelum dibawa ke balai untuk siasatan lanjut.
Suspek yang dikenali sebagai Kenneth Darlington, 77, merupakan seorang peguam dan profesor yang memegang dua kewarganegaraan di Amerika Syarikat dan Panama.
Difahamkan, rusuhan itu dipercayai berpunca akibat tindakan sekumpulan penduduk yang membantah kontrak perlombongan yang membenarkan syarikat First Quantum Minerals berpangkalan di Kanada bagi menjalankan aktiviti perlombongan tembaga terbesar di rantau tersebut.
Justeru, satu sekatan jalan raya telah diadakan di sepanjang lebuh raya Panama dan mengakibatkan kerugian sehingga AS$80 juta (RM375,400,000 juta) dengan sekolah di seluruh negara juga terpaksa ditutup lebih seminggu.
Presiden Panama, Laurentino Cortizo menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga penunjuk perasaan yang terkorban dengan mengatakan bahawa jenayah seperti itu tidak sepatutnya berlaku di negara berkenaan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram