SEORANG lelaki berusia 24 tahun dipercayai terlibat dalam kes dadah sejak sekolah menembak datuknya di rumah yang terletak di Ban Dan Lan Hoi, Sukhothai, Thailand pada 30 November lalu.
Mangsa yang bernama Pradit, 68, itu dilaporkan meninggal dunia selepas dada kirinya terkena tembakan cucunya, Yotsaphat ketika itu.
Pada masa sama, kejadian itu sempat dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang oleh ibu suspek, Malai, 46, untuk mengawasi kelakuan anak lelakinya itu.
Menerusi klip CCTV itu, Yotsaphat dilihat sedang bertengkar dengan datuknya dan beberapa lagi ahli keluarganya sebelum dia bertindak menembak mangsa.
Dalam video sama, suspek dilihat bertindak pantas mengacukan pistol melarikan diri sambil dikejar oleh salah seorang ahli keluarganya selepas tembakan dilepaskan di lokasi kejadian.
Menurut isteri mangsa, Wann, 66, mereka berdua sudah menjaga cucunya itu sejak kecil lagi dan Yotsaphat juga dikatakan hanya menganggur kerana terlibat dalam kes dadah semasa sekolah.
"Dia selalu meminta kami duit untuk beli dadah atau curi makanan di pantri sekali gus menyebabkan kami mahu mengunci kawasan itu," katanya.
Sebelum kejadian, Yotsaphat dikatakan sudah mengugut untuk menembak neneknya tetapi dihalang oleh ibunya.
Malangnya, Paradit ketika itu dalam perjalanan untuk memberi lembunya makan melalui lokasi kejadian kemudiannya ditembak suspek.
Dalam pada itu, ibu suspek dikatakan sudah pulang daripada Bangkok, Thailand itu mempunyai niat untuk menghantar anaknya ke pusat pemulihan bagi mendapatkan rawatan lanjut susulan ketagihan Yotsaphat itu.
Sementara itu, polis Thailand dilaporkan sudah dimaklumkan tentang keadaan suspek yang agresif dan dikatakan hanya akan menahannya selama dua atau tiga hari sebelum membebaskannya bagi mengumpul bukti terlebih dulu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram