[VIDEO] Leka tengok hp tengah-tengah jalan, anggota polis trafik parah kena rempuh kereta


  • Benua
  • Selasa, 05 Dis 2023

Tangkap layar rakaman CCTV memaparkan anggota polis trafik terbabit dilanggar dari arah belakang ketika berada di sebuah persimpangan jalan dekat bandar Lucknow, India pada Ahad.

SEORANG anggota polis trafik di bandar Lucknow, India parah selepas dirempuh oleh sebuah kenderaan dalam satu kejadian langgar lari yang berlaku pada Ahad malam.

Insiden kemalangan tersebut dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi.

Menerusi klip terbabit, anggota polis berkenaan pada awalnya dipercayai sedang sibuk melihat telefon pintarnya sambil berdiri di tengah-tengah jalan dekat satu persimpangan yang agak sibuk.

Bagaimanapun, sebuah kenderaan kemudiannya didapati melalui jalan dan terus melanggar anggota tersebut dari arah belakang.

Suspek yang memandu kereta terlibat juga terus melarikan diri dari lokasi dengan anggota polis terbabit dilihat terus terbaring di atas jalan.

Menurut kenyataan daripada pihak polis, ketika kejadian, anggota terbabit yang dikenali sebagai Amit Kumar sedang bertugas mengawal lalu lintas di persimpangan terbabit.

Susulan daripada kemalangan itu, mangsa yang mengalami patah bahu dan pelbagai lagi kecederaan serius lain di tubuh sudah dihantar ke hospital terdekat bagi menerima rawatan.

Polis dilaporkan telah menangkap suspek yang memandu kenderaan terlibat dengan bantuan daripada CCTV di lokasi. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram