[VIDEO] Cuaca ekstrem hujan, petir di Gujarat ragut 24 nyawa dalam tempoh 48 jam


  • Benua
  • Isnin, 27 Nov 2023

Beberapa daerah di India menerima taburan hujan sehingga 144 milimeter dengan Jabatan Meteorologi meramalkan hujan lebat di Gujerat disertai angin kencang dan kilat. — Agensi

SEKURANG-KURANGNYA 24 orang terbunuh dan 23 yang lain cedera akibat insiden berkaitan petir dan hujan di negeri Gujarat di barat India dalam tempoh 48 jam lepas, menurut pegawai kerajaan di negara itu pada Isnin.

Hujan tidak bermusim yang melanda 234 daerah itu turut menyebabkan 71 haiwan mati selain merosakkan tanaman, lapor Xinhua memetik kenyataan seorang pegawai.

Menurut pegawai, kematian dilaporkan di 16 daerah di negeri ini, antaranya di Dahod, Bharuch, Banaskantha, Amreli, Surendranagar dan Mehsana.

Beberapa daerah menerima taburan hujan sehingga 144 milimeter dengan Jabatan Meteorologi meramalkan hujan lebat di Gujerat disertai angin kencang dan kilat.

Amaran jingga dikeluarkan di selatan Gujerat manakala amaran kuning diisytiharkan di Saurashtra.

Media tempatan yang memetik data Kementerian Sains Bumi melaporkan 907 orang terbunuh pada 2022 akibat dipanah petir di seluruh India. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

India, kilat, hujan, maut, Gujarat, India, bencana, maut, petir