[VIDEO] Penganjur tak hiraukan cuaca buruk, 2 peserta Ironman maut ketika rentas laut bergelora


  • Podium
  • Ahad, 27 Ogos 2023

Dua atlet Ironman maut semasa melakukan acara renang di Ireland pada 20 Ogos lalu.

DUA orang lelaki yang dipercayai berusia lingkungan 60-an dan 40-an maut semasa acara renang dalam sukan Ironman di Ireland pada 20 Ogos lalu.

Majlis Bandaraya Cork berkata, insiden itu merupakan perkara yang amat menyedihkan apabila pihaknya menerima berita kehilangan tragis dua peserta Ironman itu.

Menurut penyiar RTE Ireland, dua lelaki tersebut, Ivan Chittenden dan Brendan Wall, maut dalam insiden yang berasingan semasa mengambil bahagian dalam acara renang sejauh 1.9 kilometer (km) itu.

Acara renang yang sepatutnya dijadualkan pada Sabtu terpaksa ditangguhkan pada Ahad kerana keadaan cuaca yang teruk serta tidak mengizinkan akibat Ribut Betty.

"Semasa acara perlumbaan renang pada Ahad, anggota keselamatan telah memberikan rawatan perubatan segera selepas menyedari mangsa memerlukan bantuan.

"Kami berkongsi rasa simpati dengan keluarga dan rakan-rakan atlet untuk terus menawarkan sokongan kepada mereka yang melalui masa sukar ini.

"Kami berterima kasih kepada pegawai keselamatan yang bekerja dengan pantas untuk memberikan bantuan perubatan kepada atlet terlibat," kata penganjur Ironmen Ireland.

Kedua-dua lelaki itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mereka adalah antara beberapa ribu peserta yang bersaing dalam acara renang di Front Strand di Youghal. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram