[VIDEO] 11 maut dalam nahas kereta api, bas mini bertembung di Jawa Timur


  • Benua
  • Isnin, 20 Nov 2023

Nahas berlaku ketika bas mini melintasi persimpangan kereta api tanpa penghadang sebelum sebuah kereta api merempuh bas berkenaan. — Agensi

SEBUAH kereta api merempuh bas mini di daerah Lumajang, wilayah Jawa Timur, Indonesia pada Ahad malam meragut nyawa 11 orang dan mencederakan tiga yang lain, menurut seorang penyelamat.

Ketua pejabat mencari dan menyelamat Jawa Timur Muhammad Hariyadi berkata, nahas berlaku ketika bas mini itu melintasi persimpangan kereta api tanpa penghadang sebelum sebuah kereta api merempuh bas berkenaan.

Kejadian berlaku di kampung Ranupakis pada 7.53 malam Ahad waktu tempatan.

Sementara itu, polis berkata siasatan sedang dijalankan. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram