Lelaki cedera, tangan tersepit mesin proses ayam di Pasar Jelapang


  • 112
  • Ahad, 19 Nov 2023

Anggota Bomba menggunakan peralatan khas seperti gergaji dan pemotong hidraulik untuk mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit. —Bomba

SEORANG pekerja lelaki cedera selepas tangannya tersepit pada mesin memproses ayam di Pasar Jelapang, Kampung Baru Jelapang dekat Ipoh, Perak pada Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian terhadap lelaki berusia 33 tahun itu pada 11.31 pagi.

"Kejadian berlaku ketika mangsa sedang melakukan kerja-kerja memproses ayam.

"Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya menggunakan peralatan khas seperti gergaji dan pemotong hidraulik untuk mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, mangsa kemudian dibawa ke hospital dan operasi berkenaan tamat sepenuhnya pada 12.12 tengah hari. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram