[VIDEO] Wanita tahan sakit, tertusuk hendal basikal selepas terlibat kemalangan


  • Benua
  • Ahad, 19 Nov 2023

Tangkap layar video seorang wanita yang terpaksa menahan kesakitan setelah paha kirinya tertusuk hendal basikal di Brazil. — Agensi

MALANG tidak berbau, hanya itulah simpulan bahasa yang sesuai untuk menggambarkan keadaan seorang wanita yang terpaksa menahan kesakitan setelah paha kirinya tertusuk hendal basikal.

Hasil pemerhatian Majoriti, kejadian tersebut berlaku pada 19 Ogos lalu di Brazil dan rakaman itu ditularkan semula di laman media sosial X (Twitter) pada Sabtu.

Melalui maklumat awal yang dikongsikan, insiden itu berlaku selepas wanita berkenaan terlibat dalam satu kemalangan melibatkan kenderaan lain.

Melalui video berdurasi kurang seminit tersebut, kelihatan dua orang petugas paramedik sedang cuba menenangkan wanita malang itu dengan memberikan bantuan awal.

Orang ramai turut dilihat mengerumuni tempat kejadian. Namun tidak dinyatakan punca kemalangan itu berlaku.

Difahamkan, selepas menerima rawatan awal di tempat kejadian, wanita malang tersebut dihantar ke hospital yang terdekat menggunakan ambulans.

Setakat berita ini ditulis, tidak dapat dipastikan keadaan wanita berkenaan selepas kejadian tersebut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram