[VIDEO] Ajal budak lelaki OKU kena 'putaq' traktor sawah sampai patah lapan di Jitra


  • Tular
  • Jumaat, 17 Nov 2023

Keadaan mangsa yang ditemui maut selepas terlibat dalam kemalangan ngeri di sawah padi di Pida, Jitra, Kedah pada Jumaat.

SEORANG kanak-kanak lelaki disyaki Orang Kelainan Upaya (OKU) maut selepas terlibat dalam satu kemalangan ngeri di kawasan sawah padi di Kampung Sungai Korok, Pida, Jitra, Kedah pada Jumaat.

Kemalangan itu dikatakan berpunca apabila mangsa, Muhammad Aiman Rosli ,11, dipercayai dilanggar sebelum digilis oleh sebuah jentera padi di lokasi kejadian dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam.

Menerusi info yang dikongsikan oleh orang awam di aplikasi WhatsApp, mangsa berada terlalu dekat dengan jentera tersebut ketika kejadian.

Mangsa juga dilaporkan mengalami kecederaan serius apabila patah lapan bahagian badan berdasarkan informasi awal saksi kejadian.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Bustan Karudin berkata, sebaik menerima laporan kejadian pukul 7.08 malam, sepasukan anggota dari BBP Jitra yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Syahruddin Awang bersama lapan anggota dan sebuah jentera tiba dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati terdapat seorang mangsa iaitu kanak-kanak lelaki, Muhammad Aiman Rosli berusia 11 tahun yang mengalami kecederaan akibat digilis pembajak.

“Tindakan yang dilakukan pihak Bomba adalah dengan membuat pemantauan keselamatan di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Bustan berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM). Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram