SEORANG kanak-kanak berusia dua tahun maut selepas dilanggar oleh kereta dipandu datuknya yang ketika itu cuba meletakkan kenderaan di depan halaman rumah dalam kejadian di Kerala, India.
Tragedi menyayat hati yang berlaku pada 10 November lalu itu turut dirakam oleh kamera litar tertutup di kediaman tersebut.
Berdasarkan klip berkenaan, mangsa pada awalnya dilihat bermain bersama seorang lagi kanak-kanak yang lebih berusia di hadapan halaman rumah.
Bagaimanapun, ketika kenderaan itu memasuki perkarangan kediaman, pemandu terbait didapati tidak perasan dengan kehadiran mangsa yang masih kecil sebelum melanggar kanak-kanak malang berkenaan.
#KeralaGrandfatherCrushesToddler: केरल के कासरगोड जिले में एक दादा ने अपने ही पोते पर कार चढ़ा दी. कार पार्क कर रहे थे दादा, सामने आ गया 2 साल का पोता घटना में बच्चे की मौत हो गई...#latestnews #Trending #viralvideo #socialmedia #accident #Kerala pic.twitter.com/tMOBeN3lX4
— Nedrick News (@nedricknews) November 14, 2023
Sebaik menyedari insiden tersebut, rakan sepermainannya yang lebih berusia kemudiannya terus pergi untuk melihat keadaan mangsa yang sudah terperosok di bawah kereta jenis kenderaan utiliti sukan (SUV) terbabit.
Budak lelaki itu juga kemudiannya dilihat menarik keluar mangsa dan menyerahkannya kepada datuknya yang baru menyedari mengenai kejadian tersebut.
Meskipun mangsa segera dikejarkan ke hospital, kanak-kanak berkenaan dilapor gagal diselamatkan kerana kecederaan dialami dalam kemalangan terbabit.
Susulan daripada itu, pihak polis sudah memulakan siasatan berhubung insiden tersebut. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram