[VIDEO] Booster alami masalah, percubaan kedua SpaceX Starship gagal lepas dilancarkan


  • Benua
  • Ahad, 19 Nov 2023

Starship berjaya melepasi fasa pemisah sebelum pendorongnya mengalami masalah. — Agensi

ROKET baharu SpaceX Starship yang dilancarkan pada Sabtu berakhir dengan kegagalan apabila berlaku letupan beberapa minit selepas pelancaran, lapor Xinhua.

Starship berjaya berlepas menggunakan kesemua 33 enjin Raptor pada Super Heavy Booster pada kira-kira 7.04 pagi Central Time dari pangkalan Starbase SpaceX di Texas, Amerika Syarikat menurut SpaceX.

Starship berjaya melepasi fasa pemisah sebelum pendorong (booster) roket itu mengalami masalah.

Pelancaran itu merupakan ujian penerbangan bersepadu kedua dan ujian kali ini akan membantu meningkatkan kebolehpercayaan Starship dalam usaha SpaceX untuk membolehkan angkasawan dihantar ke bulan, Marikh dan selainnya, kata SpaceX.

SpaceX akan berkongsi lebih banyak maklumat apabila pasukan menyemak data selesai menjalankan siasatan. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram