SEORANG lelaki yang sedang nyenyak tidur hanya mampu terkedu apabila 'dikejutkan' dengan kehadiran polis pada malam Selasa.
Penahanan itu dibuat di dalam sebuah rumah yang terletak di kawasan Banuaran, Daerah Lubuk Begalung, Padang, Indonesia.
Suspek yang dikenali sebagai F disyaki merogol dua anak kandungnya yang kini berusia 14 dan 18 tahun.
Perbuatan terkutuk yang dilakukan sejak 2019 itu akhirnya terbongkar selepas kedua-dua mangsa mengadu mengenai perkara itu kepada ibu kandung mereka.
Difahamkan, ibu bapa mangsa sudah bercerai, namun ibunya sudah pun berkahwin lain.
Berdasarkan video yang tular di media sosial, kelihatan beberapa anggota polis memasuki rumah suspek dan bertindak membangunkannya yang sedang nyenyak tidur di atas tilam.
Seorang pegawai berambut panjang dilihat menarik suspek supaya dia duduk menghadap mereka, sebelum mula menyanyikan lagu 'Happy Birthday' sambil diiringi tepukan daripada pegawai lain, hingga membuatkan suspek terkejut dan keliru dengan kehadiran polis di hadapannya.
Tidak lama kemudian, lelaki itu diangkat dan dibawa keluar oleh pihak berkuasa.
Bagaimanapun perkembangan kes itu tidak dinyatakan dan nasib kedua-dua anaknya juga tidak dapat dipastikan sama dihantar ke rumah kebajikan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram