[VIDEO] Gagal imbang badan punca buruh binaan patah kaki terjatuh dari ketinggian 10 meter


  • Benua
  • Ahad, 05 Nov 2023

Mangsa dibawa ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan susulan sejurus selepas insiden di Bandar Taoyuan, Taiwan itu berlaku baru-baru ini. — Agensi

SEORANG pekerja binaan patah kaki akibat terjatuh ke ruangan bawah aci lif berketinggian 10 meter.

Kejadian tersebut berlaku di Daerah Taoyuan, Bandar Taoyuan, Taiwan pada 29 Oktober lalu, namun video insiden itu mula tular di media sosial sejak Ahad.

Berdasarkan video berdurasi 19 saat berkenaan, lelaki yang dikenali sebagai Zhuang, 43, itu dilihat melompat dari sebuah lori setelah menyelesaikan tugasnya di atas kenderaan tersebut.

Namun, Zhuang gagal mengawal keseimbangan badannya hingga menyebabkan dia terjatuh ke bawah aci lif yang terletak bersebelahan lori terbabit.

Menyedari kejadian tersebut, rakan-rakannya segera menghubungi petugas perkhidmatan kecemasan.

Anggota penyelamat tiba dengan pantas dan berjaya mengeluarkan Zhuang dari aci lif tersebut.

Dia yang tidak sedarkan diri kemudiannya dibawa ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan susulan.

Mangsa difahamkan kini sedang menerima rawatan bagi mengubati kecederaannya, namun keadaannya ketika ini dilaporkan sudah semakin stabil.

Insiden itu telah mencetuskan perbincangan mengenai langkah keselamatan yang sepatutnya dilaksanakan di tapak pembinaan tersebut.

WhatsApp Image 2023-11-05 at 11.54.54

Zhuang terjatuh ke ruangan bawah aci lif berketinggian 10 meter. — Agensi

Syarikat yang bertanggungjawab ke atas tapak lokasi Zhuang bekerja telah diminta menyemak semula protokol keselamatan mereka untuk memastikan kejadian seperti itu tidak berulang lagi.

Siasatan terhadap kawasan sekitar kemalangan juga sedang dijalankan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram