Van terbabas rempuh pembahagi jalan di Bangi, pemandu tersepit patah kaki


  • 112
  • Ahad, 22 Okt 2023

Kemalangan akibat terlanggar pembahagi jalan di Plaza Tol Putra Mahkota pada petang Ahad.

SEBUAH van jenis Toyota Hiace terbabas dipercayai akibat merempuh pembahagi jalan yang berada di Plaza Tol Putra Mahkota, Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor pukul 2 petang Ahad.

Insiden itu mengakibatkan seorang lelaki warga Bangladesh tersepit di bahagian pemandu dan tidak mampu untuk keluar tanpa sebarang bantuan daripada pihak lain.

Saksi yang melihat kejadian membuat panggilan kecemasan kepada Pihak Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Bangi untuk membantu mangsa yang tersepit itu.

WhatsApp Image 2023-10-22 at 5.41.34 PM

Detik-detik anggota bomba cuba menyelamatkan mangsa yang tersepit di bahagian pemandu.

Selang beberapa minit, mangsa berjaya dibawa keluar dengan menggunakan peralatan khas yang dibawa oleh anggota bomba dan penyelamat.

Mangsa dilaporkan mengalami cedera parah di bahagian tangan dan patah kaki.

Di samping itu, van yang terbabit dalam nahas itu dilihat remuk teruk sehingga cermin hadapan kenderaan turut pecah.

Kes ini seterusnya diserahkan kepada pihak ambulans KKM untuk tindakan selanjutnya.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram