[VIDEO] Deretan kereta rosak kena hempap bumbung runtuh di Kuchai Lama


  • 112
  • Rabu, 16 Ogos 2023

Keadaan beberapa buah kenderaan yang dihempap struktur bumbung yang runtuh di Kuchai Lama. — Facebook

BEBERAPA kenderaan mengalami kerosakan teruk selepas sebahagian struktur bumbung sebuah bangunan runtuh di Kuchai Entrepreneur Park di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur dalam kejadian pada malam Selasa.

Berdasarkan maklumat awal Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Difahamkan ketika ini sepasukan pegawai dan anggota bomba masih melakukan pemeriksaan menyeluruh di lokasi kejadian.

Beberapa keping foto dan video mengenai kejadian berkenaan yang dipercayai dirakamkan penduduk kawasan berhampiran turut tular menerusi laman sosial Facebook.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

Bangunan di Kuchai Entrepreneur Park itu menempatkan pejabat dan kedai.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram