SEORANG penunggang motosikal maut selepas kenderaan ditunggangnya melanggar sebuah bas yang dibawa dari arah bertentangan dalam satu insiden di Patiala, Punjab, India pada Selasa.
Kemalangan itu berjaya dirakam kamera litar tertutup daripada sebuah stesen bas berdekatan dengan individu terbabit seperti tidak menyedari kehadiran bas itu.
Lebih mengejutkan lagi, insiden tersebut berlaku tidak lama selepas mangsa, Ranjit Singh ditegur pegawai keselamatan akibat memasuki kawasan tidak dibenarkan.
Seorang penunggang motosikal maut selepas dilanggar sebuah bas di Punjab, India.
Rakaman CCTV memaparkan mangsa ditegur pihak keselamatan beberapa minit sebelum kejadian.
Kredit: @Gagan4344 pic.twitter.com/4rPMyLfj9I
— Majoriti (@majoritionline) October 31, 2023
Bagaimanapun, ketika melalui jalan yang diarahkan, penunggang berkenaan secara tiba-tiba dilanggar bas yang difahamkan sarat dengan penumpang.
Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital untuk menerima rawatan sebelum disahkan maut akibat pendarahan dalaman.
Berdasarkan laporan media India, lelaki berusia 31 tahun tersebut dalam perjalanan pulang selepas menghantar isteri dan anaknya ke stesen bas tersebut.
Bapa kepada mangsa kemudiannya bertindak membuat laporan polis terhadap pemandu bas terbabit atas kecuaian ketika memandu sehingga menyebabkan kematian. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram