[VIDEO] Wanita Singapura degil, biadab dengan pemandu bas lepas ditegur


  • Benua
  • Isnin, 30 Okt 2023

Tangkap layar video memaparkan kelakuan biadab seorang wanita sebelum ditegur pemandu bas di Singapura pada Ahad.

SEORANG wanita menunjukkan rasa kurang hormat dengan bersikap degil dan biadab terhadap seorang pemandu bas lelaki di Singapura pada Ahad.

Menerusi sebuah video yang tular di media sosial sejak Ahad itu, tindakan wanita yang meletakkan kakinya di tempat tidak sepatutnya telah mencetuskan pertengkaran kecil antara dia dan pemandu bas itu.

Dalam klip video dikongsi oleh @bbshidah di TikTok, pemandu bas itu dilihat mendekatinya dan cuba menegur dengan memintanya untuk mengalihkan kaki dari kerusi yang berada di hadapannya.

Pada masa sama, pemandu bas itu menunjukkan ke arah pelekat yang tertera melarang meletakkan kaki di atas tempat duduk dan bertanya sama ada dia menyedari atau tidak pelekat tersebut.

Namun, teguran yang diberikan membuatkan wanita itu berang sekali gus membidas kasar terhadap pemandu bas itu.

msg1050426791-18174

Pelekat yang melarang penumpang meletakkan kaki di atas tempat duduk.

"Awak ada nampak uniform pemandu bas awak atau tidak?," katanya.

Setelah melihat kejadian itu, pemandu bas yang sama dilihat berlalu pergi sambil kedengaran suara yang mengatakan bahawa pihaknya akan menghubungi polis.

Wanita yang tadinya dilihat degil untuk mendengar arahan, secara pantas meletakkan kakinya di bawah semula selepas mendengar kata-kata itu.

Selain itu, video yang tular itu turut mendapat jumlah tontonan lebih 242,000 dan 9,000 likes (suka) di TikTok.

Sementara itu, difahamkan semua penumpang digesa untuk keluar dan menaiki bas berasingan sebelum pihak polis dipanggil untuk menjalankan siasatan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram