[VIDEO] Patutlah sukar tidur, labah-labah bersalin rangka dalam telinga warga emas


  • Benua
  • Ahad, 29 Okt 2023

Tangkap layar memaparkan keberadaan labah-labah kecil itu di dalam telinga wanita terbabit. — Agensi

DALAM satu kejadian mengejutkan di Taiwan, seorang wanita berusia 64 tahun tidak menyedari bahawa seekor labah-labah sudah hingga masuk ke dalam telinganya selama beberapa hari.

Menurut laporan media, wanita berkenaan sebelum itu difahamkan berhadapan kesukaran untuk tidur sejak empat hari sebelumnya ekoran bunyi pelik yang didengar dari dalam telinganya.

Selain itu, dia memberitahu turut merasai pergerakan yang seakan-akan berlegar di telinga.

Sebaik melakukan pemeriksaan di pusat kesihatan, doktor kemudiannya membuat penemuan agak memeranjatkan apabila menemui seekor labah-labah kecil yang bukan sahaja hinggap di situ, tetapi juga sudah melalui proses menukar rangkanya.

Labah-labah itu bagaimanapun dapat dikeluarkan dengan selamat melalui tiub, manakala wanita itu dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan pada gegendang telinganya.

Pakar Otolaringologi di Jabatan Hospital Taiwan, Dr Tengchin Wang berkata, wanita berkenaan tidak berasa sakit kerana saiz serangga tersebut yang terlalu kecil iaitu hanya kira-kira dua hingga 3 milimeter.

Video kehadiran labah-labah itu turut dikongsikan di laman X.

Dalam pada itu, seorang profesor biologi di Universiti Ohio, Jerry Rovner memberikan penjelasan mengenai punca labah-labah tersebut mencari perlindungan di telinga wanita berkenaan.

"Banyak labah-labah yang tidak hidup dalam sarang jaringan yang mampu memerangkap mangsa akan mencari lokasi terlindung untuk proses pertukaran rangkanya kerana mereka tidak dapat mempertahankan diri daripada pemangsa semasa proses itu," ujarnya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram