Spiderman dalam Squid Game versi karya peminat


  • Hiburan
  • Isnin, 18 Okt 2021

KARYA fan art yang dikongsi InHyuk Lee di laman Twitternya. — Agensi

WATAK Peter Parker dalam filem adiwira Spiderman terbitan Marvel yang digambarkan kerap dibelenggu masalah kewangan menjadi inspirasi kepada artis komik Korea Selatan untuk menghasilkan karya peminat (fan art) berdasarkan rancangan bersiri Netflix, Squid Game.

Artis tersebut, InHyuk Lee berkongsi karya seninya di laman Twitter dengan memperlihatkan Spiderman menewaskan watak jahat, Venom dan Carnage serta Scream dalam permainan hidup mati itu.

"Squid X Spider Game. Jangan ambil serius. Ini suka-suka sahaja," katanya menerusi ciapan di Twitter.

Dalam karya seni tersebut, Spiderman ditonjolkan memakai uniform hijau bernombor 015 yang mungkin merujuk kepada penampilan pertamanya dalam Amazing Fantasy #15 dari tahun 1962.

Venom pula digambarkan sebagai pengawal, sesuai dengan perwatakannya yang dikenali mempunyai masalah kewangan, terutamanya pada tahun 1990-an ketika dia berusaha untuk menjadi seorang hero.

Anak-anaknya pula, Carnage dan Scream pula turut serta sebagai pemain dalam permainan itu dengan mengenakan uniform hijau sama seperti Parker.

Mereka digambarkan sebagai musuh yang kuat dengan Carnage dahagakan darah, namun kedua-duanya tidak dapat ditandingi Spiderman.

Tambahan pula, kebanyakan makhluk simbiot karya Marvel mempunyai kekuatan serupa dan kuasa mereka tidak dianggap sebagai ancaman kepada deria labah-labah yang dimiliki Spiderman.

InHyuk Lee telah menghasilkan beberapa sampul, komik, dan seni konsep komik. Baru-baru ini, dia menyediakan sampul untuk siri Aliens baharu Marvel, serta banyak lagi judul Marvel lain. — Agensi

Squid Game, Spiderman, Venom, fan art, InHyuk Lee