LEBIH 15 orang terbunuh selepas dua kereta api bertembung di daerah Kishoreganj, Bangladesh pada Isnin.
Superintendan Polis Daerah Kishoreganj, Md Mostak Sarker berkata, nahas berlaku apabila kereta api kontena yang menuju ke bandar pelabuhan Chattogram bertembung dengan Ekspres Egarosindhur ke Dhaka pada kira-kira pukul 3.30 petang waktu tempatan.
"Kira-kira 15 mayat ditemukan setakat ini manakala kira-kira 100 penumpang lagi cedera. Angka kematian dijangkakan meningkat,” katanya.
Beratus-ratus sukarelawan dan penduduk tempatan turut membantu anggota bomba untuk menyelamatkan penumpang yang terperangkap. — Bernama
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram