
SERAMAI kira-kira 50 individu termasuk kanak-kanak di Navratri Mela, Nareli Delhi, India berdepan detik cemas selepas roda Ferris gergasi dinaiki berhenti secara tiba-tiba ketika operasi.
Video mengenai kejadian turut tular yang memaparkan beberapa individu terperangkap di dalam kapsul permainan tersebut dipercayai akibat masalah teknikal.
Dalam pada itu, penumpang yang berada di bahagian atas roda Ferris berkenaan dilaporkan terpaksa menunggu hampir setengah jam untuk diselamatkan.
Menerusi klip yang tersebar di sosial media, terdapat orang ramai dilihat mengambil keputusan berani dengan cuba memanjat tanpa memakai alat keselamatan bagi menyelamatkan beberapa penumpang terkandas.
#WATCH | A giant wheel at a Navratri Mela in Delhi's Narela area stopped working with people onboard. Everyone has been rescued safely. Legal action initiated by Police. Further details awaited: Delhi Police
(Viral video, confirmed by Police) pic.twitter.com/X91BM3x5Uw
— ANI (@ANI) October 18, 2023
Pihak berkuasa memaklumkan, dua pasukan bomba dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 11.10 malam Rabu.
Kesemua mangsa berjaya diselamatkan dengan tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam insiden tersebut.
Dalam pada itu, polis berkata, pihak berkuasa sedang meneliti untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap pihak pengendali roda Ferris berkenaan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram