[VIDEO] Tak pernah bertegur, jiran sengaja cari pasal tuang 'air kencing' dalam kasut


  • Benua
  • Rabu, 18 Okt 2023

Tangkap layar seorang individu lelaki dirakam menuang sebotol air kencing dalam kasut dan sekitar kawasan kediaman jirannya dekat Singapura.

PERBUATAN keji seorang lelaki yang dirakam menuang sebotol air kencing di sebuah kediaman pangsapuri dekat Singapura pada Rabu mengundang kemarahan tuan rumah tersebut.

Perkara itu dikatakan bukan kali pertama berlaku dengan individu terbabit dikatakan kerap melakukan kegiatan tersebut tanpa sebab munasabah.

Dalam video berdurasi 30 saat yang tular di laman media itu memaparkan lelaki tersebut menuang air najis itu ke dalam kasut dan laluan pintu masuk rumah berkenaan.

Jelas si pemilik di ruangan komen, dia menjelaskan bahawa individu itu tidak pernah bertegur sapa dengannya sebelum ini walaupun sudah lama menetap di situ.

Laporan polis difahamkan sudah pun dibuat namun tiada sebarang tangkapan ataupun tindakan lanjut dikenakan terhadap si pelaku setakat ini.

Mendakwa tidak pernah mencetuskan sebarang isu ataupun pergaduhan dengan jirannya sebelum ini, ia sekali gus menimbulkan persoalan padanya tentang apakah motif di sebalik kelakuan tidak bermoral itu.

Tiada kenyataan polis berhubung perkara itu setakat ini dan orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa menjaga hubungan baik sesama jiran tetangga. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram