[VIDEO] Polis buru lelaki curi 2 tong gas dari trak pikap ketika trafik sesak


  • Benua
  • Rabu, 18 Okt 2023

Tangkap layar video memaparkan seorang lelaki sedang membawa lari dua buah tong gas dari sebuah trak pikap di Indonesia pada Selasa.

AKSI berani seorang lelaki melarikani dua buah tong gas daripada sebuah trak pikap ketika trafik sesak di Tanjung Priok, Jakarta Utara, Indonesia pada Selasa menarik perhatian polis yang kini sedang memburunya.

Menerusi sebuah video tular di media sosial sejak Rabu, rakaman itu memaparkan seorang lelaki dilihat masuk ke dalam trak terbabit sebelum memberikan dua buah tong gas kepada rakannya yang menunggu di seberang jalan.

Sebaik saja mendapat tong gas tersebut, suspek kemudiannya melarikan diri manakala nasib seorang lagi rakannya di atas trak tidak dapat dipastikan.

Kejadian dilaporkan berlaku ketika kenderaan tersebut sedang berhenti dan menunggu lampu isyarat merah di Jalan Yos Sudarso.

Pencuri tersebut juga digelar sebagai 'bajing loncat' atau 'bajilo' kerana menyasarkan kenderaan jenis pikap atau lori dan beraksi ketika kenderaan itu berhenti di jalan raya atau di lampu isyarat.

Ketua polis berpangkat Kanit Reskrim Tanjong Priok, Alex Chandra berkata, kejadian tersebut masih dalam siasatan pihak polis.

"Saat ini, kalau kita lihat video itu, sebanyak dua tong gas yang diambil dan kita masih lagi menyiasat kes tersebut," kata Alex.

Sementara itu, hasil siasatan mendapati kejadian itu dilakukan oleh dua orang pencuri namun mengatakan pihak polis masih memburu suspek lain yang menimbulkan keresahan masyarakat dan pengguna jalan di lokasi itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram