[VIDEO] Penduduk buat aksi hati kering cekup dua pencuri dilengkapi senjata api


  • Benua
  • Rabu, 27 Sep 2023

Tangkap layar video tular itu memaparkan salah seorang pencuri terbabit tersungkur di tepi jalan ketika cuba melarikan diri daripada kumpulan penduduk tersebut.

SEKUMPULAN penduduk di Meruya Utara, Jakarta Barat, Indonesia melakukan aksi berani selepas berjaya menangkap dua orang pencuri yang turut dilengkapi dengan senjata api.

Video mengenai kejadian yang berlaku pada Selasa itu tular dan dikongsikan di instagram, memomedsos pada Rabu.

Menerusi klip berdurasi 40 saat itu, usaha penangkapan itu dilihat dibuat ketika kedua-dua pencuri berkenaan sedang cuba melarikan diri selepas menyedari kegiatannya dikesan.

Pada awalnya, video tersebut memaparkan sekumpulan penduduk berteriak untuk memberitahu orang ramai mengenai kehadiran pencuri terbabit.

Ekoran daripada itu, salah seorang daripada pencuri terbabit dilihat cuba untuk menaiki motosikal yang ditunggang rakannya.

Bagaimanapun, usahanya gagal apabila beberapa penduduk dilihat hadir di lokasi dan menyerang suspek dengan dia kemudiannya didapati tersungkur di tepi jalan selepas cuba melarikan diri dalam keadaan cemas.

Disebabkan itu, suspek yang menunggang motosikal berkenaan juga terus bergerak dan nyaris berjaya meloloskan diri meninggalkan lokasi.

Bagaimanapun, penunggang tersebut kemudiannya dilihat berpatah balik semula apabila melihat rakannya ditahan penduduk.

Dalam klip berkenaan, salah seorang pencuri terbabit tuturut memegang objek dipercayai senjata api.

Video susulan mengenai insiden berkenaan menyaksikan kedua-dua pencuri berkenaan sudah dikepung dan ditahan kumpulan penduduk terbabit.

Menurut maklumat daripada seseorang yang bercakap dalam video tersebut, kedua-dua pencuri itu melakukan kegiatan mereka membawa senjata api.

Dalam pada itu, media melaporkan bahawa keaslian senjata api yang digunakan pencuri berkenaan masih tidak dapat disahkan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram